Kubu kota Aleppo
Kubu kota Aleppo

Kubu kota Aleppo


Kubu kota Aleppo (Bahasa Arab: قلعة حلب‎) ialah sebuah istana kubu besar Zaman Pertengahan yang terletak di pusat kota lama Aleppo, utara Syria. Ia dianggap satu daripada kota yang tertua dan terbesar di dunia. Penggunaan bukit Kubu kota bermula sekurang-kurangnya pada pertengahan alaf ke-3 SM. Kubu ini ditakluki pelbagai tamadun termasuk tamadun Yunani, Byzantine, Ayubiyyah dan Mamluk. Kebanyakan binaan yang terdapat pada hari ini difikirkan berasal dari zaman Ayubiyyah. Sebuah usaha pemuliharaan yang meluas berjalan semenjak tahun 2000 dikendalikan Yayasan Aga Khan untuk Kebudayaan bersama-sama Persatuan Arkeologi Aleppo. Sebuah kubu kota yang mendominasi kotanya, Kubu kota Aleppo menjadi sebahagian daripada Kota Lama Aleppo, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO semenjak tahun 1986[1].

Kubu kota Aleppo

Dibina Alaf ke-3 SM. ~ Abad ke-12 M
Dibuka kepada awam Ya
Dikawal oleh Republik Arab Syria
Bahanbinaan Batu kapur
Keadaansekarang Separa rosak
Jenis Kubu
Digunakan Sehingga abad ke-20